Wednesday, December 29, 2010

CERPEN

KERJA OOO... KERJA

Ramai antara kita kita yang selalu mengeloh kerana kerja...

Ooooo..kerja...kerja...hehhhh....

Malas nya la nak kerja....

Susah nya la kerja...

Tapi bila kita fikir balik, kalau kita tak kerja, kita nak buat apa..

Nak makan tidur..heh..apa la kita ni nak jadi orang begitu. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberikan keistimewaan oleh Allah untuk berfikir..tak kan la kita boleh berfikir seperti ini. Sedangkan monyet di hutan sana pun tak berfikir sebegini. Masih tetap bekerja mencari makan untuk hidup seharian. Heh..tak kan la monyet tu lebih pandai dari kita?... Sabar je laa..

Banyak orang selalu berfikir kerja susah. Tapi sebenarnya siapa yang menyebabkan kerja itu susah. Kita sendiri kan. Kenapa susahnya kerja.. kalau cam tu... makan pun susah ke?. Tapi sebab kita suka makan atau terpaksa makan dan kita sudah punyai kemahiran untuk makan, sebab tu makan menjadi mudah. Kita boleh pun makan sambil kita berbual-bual.. kan mudah.. sama la juga kerja. Kalau kita umpamakan ia sebagai makan, sudah pasti kita tak rasa bahawa kerja itu susah.

Macam kawan Aku ‘MIOR’ selalu cakap dalam kursus-kursus yang dia bawa:
PILIHAN DITANGAN ANDA.

"Kalau kita pandang dari sudut kerja, tak kira kerja apa pun yang kita lakukan. Sama ada kita nak jadikan kerja itu senang atau susah, Pilihan ditangan siapa?... Pilihan ditangan kita."

Baru ni Aku mengikuti kursus yang disampaikan oleh kawan ku ni. Heh teruja Aku. Tak sangka kawan ku ni memang hebat. Begitu banyak ilmu yang dia sampaikan. Banyak ilmu yang dia pelajari dalam hidup dia. Campak la kat mana pun, Aku rasa dia akan tetap menjadi orang yang berilmu tinggi.
Syabas My friend!

Dalam banyak-banyak perkara yang disampaikan, Aku tertarik dengan satu perkara yang dia sampaikan.


"DALAM PEKERJAAN, LAGI LAMA ANDA BEKERJA"

1. PELUANG NAIK PANGKAT AKAN LAGI SEDIKIT.

2. PELUANG TINGKAT ILMU & KEMAHIRAN LAGI BANYAK.


Kalau kita bekerja kerana Pangkat, lagi lama kita bekerja lagi sedikit la peluang kenaikan pangkat itu. Lagi susah la kerja kita. Dan apabila kita tidak diberi kenaikan pangkat yang kita sendiri rasa kita nak, terjadilah kadang-kadang ketidak puasan hati dan maka turunlah unsur-unsur ketidak seronok untuk kita bekerja. Kerja seperti “Melepas Batuk Di tangga”. Dan takut ianya menjadi batuk jenis TB susah nak baik. Maka kerja kita menjadi susah dan tempat kerja kita bertukar menjadi “Neraka”.

Kalau kita anggap kerja sebagai tempat mencari ilmu, sebagai tempat meningkat kemahiran, maka apa juga yang terjadi pada kita ianya akan tetap menjadikan kerja itu mudah dan tempat kerja seperti “Syurga”.

Senang cakap kan. Tapi itu lah hakikatnya. Kawan ku selalu berpesan.

Anggap lah tempat kerja kita ni sebagai UNIVERSITI”.

Tiga tahun kita bekerja umpama kita dah buat ijazah. Sepuluh tahun kita bekerja, kita dah dapat PHD. Orang boleh gelar kita Doktor. Doktor pakar dalam bidang kerja kita. Siapa yang boleh sangkal perkara ini. Pilihan di Tangan Anda.

Fikirlah..Fikirlah.. Sahabat AKu selalu cakap.


Contoh Lah:

1. Kalau kita seorang jurutera elektrik, terlibat dalam pencawag. Adakah kita telah mahir dengan pencawang?. Adakah kita sudah mahir dalam jenis2 peralatan yang digunakan dalam pencawang?. Adakah kita tahu bagaimana setiap peralatan itu beroperasi?. Adakah kita tahu masaalah-masaalah yang mungkin berlaku pada pencawang?. Adakah kita tahu pengunaan pencawang?. Macam-macam ada. Ahh..itu semua Aku tahu.. Tapi adakah kita tahu segala-galanya?. Atau kita hanya tahu dipermukaan nya sahaja. Fikirlah..fikirlah..

2. Kalau kita seorang Pengurus Projek, dalam mengurus projek. Adakah kita telah tahu selok belok pengurusan projek. Adakah kita mahir dalam menggunakan software projek e.g Microsoft Project. Tau.. Tapi setakat mana kita tau. Adakah kita benar-benar mahir dalam penggunaan Microsoft Project, atau hanya boleh buat bar chart sahaja?. Persoalan nya lagi, Kalau benar-benar kita ni seorang Penguruss Projek yang HEBAT, adakah kita mangambil initiative untuk mengambil kursus-kursus berhubung dengan Pengurusan Projek. Pernahkah kita melayari laman Web yang berkaitan dengan pengurusan projek. Adakah kita tahu projek-projek besar yang telah dilakukan dengan baik dalam dunia ini.. Macam-macam ada. Fikirlah..fikirlah.

Banyak lagi kalau kita nak sebut. Ilmu yang ada dalam dunia ini umpama Lautan. Dan ilmu yang ada pada kita manusia ini hanyalah umpama setitik air. Jika dibanding dengan lautan, sebanyak mana ilmu yang kita rasa kita ada. Masih terlalu banyak ilmu yang boleh kita cari dalam satu-satu perkara itu.

Aku teringat dengan kawan ku ini. Dia seorang jurutera projek. Satu hari beliau ditugaskan untuk menjaga apa yang dipanggil “Balance Score Card”. Tidak seorang pun yang mahu menerima cabaran ini. Kerja yang membosankan kepada kebanyakan dari kita. Namun Dia ambil cabaran dan menggunakan peluang itu memahirkan dirinya dan hari ini dia boleh kita jadikan seorang GURU dalam “Balance Score Card”.

Seterusnya Dia ditugaskan ketempat-tempat yang kebanyakan orang rasa tidak menyeronokan, namun segala peluang ini digunakan untuk memahirkan diri terhadap kerja nya. Hari ini Dia sudah Berjaya melahirkan satu program sendiri (Anda Dilahirkan Berjaya), yang tidak ada pun antara kita mampu melahirkan program sendiri. Ini semua berkat keihlasan nya untuk mengambil peluang yang ada sebagai tempat menimba ilmu dan meningkat kemahiran.

Anggaplah kerja atau tempat kerja ini sebagai UNIVERSITI. Gunakan la peluang yang ada untuk kita menamba ilmu dan Meningkatkan Kemahiran. Kalau kita seorang yang berilmu dan mahir, orang akan Nampak dan peluang kenaikan pangkat akan ada. Kalau tak de pun, jangan kesal. BE IT.... Kalau kita berilmu dan kita mahir maka kita lah yang empunya. Jangan fikir Apa orang lain cakap. Be it.. Lakukan untuk diri sendiri. Satu hari nanti kemana juga kita pergi orang akan lihat cahaya dalam diri kita dan orang akan Nampak PERMATA dalam diri kita.. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua manusia yang berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran didunia ini

2 comments:

ppb3k said...

Boss, I feel humbled. Apa pun boss I mahu terus berpegang bahawa apa yang terjadi dalam hidup I ni memang Pilihan Di Tangan Saya! :)

Unknown said...

bos, skarang ni memang sy xde mood sgt nk keje..ahad mlm mule la srabut sb isnin kene keje!! nk buat kje ape pn dh x bsmangat cm dulu...tp bile bc ni kan bos,mcm dpt semangat balik nk keje nih!!thanx bos!!!! keep on inspiring us ;)