GOLF
Baru-baru ni Aku berpeluang bermain golf dalam satu pertandingan golf persahabatan dengan pasukan Sultan disalah sebuah negeri di Malaysia.. Seronok... Aku berpeluang bermain dengan seorang Dato Sri berumur 66 tahun dan Dato’ yang berumur 72 tahun.
Terasa muda Aku..ye la baru awal lima puluhan kan.. Mula tu segan juga nak bermain dengan orang-orang besar ni. Namun kedua-dua mereka adalah orang yang peramah dan “humble” dan mereka berdua telah membuat Aku selesa sepanjang permainan. Tak ramai pemimpin sekarang yang ‘humble’ macam kedua mereka ni.
Dato Sri ni ialah bekas seorang 'Exco' kerajaan negeri dan bekas ‘speaker’ Dewan undangan negeri. Agaknya sebab tu dia peramah, tak berhenti bercakap ada kalanya kelakar juga.
Dato’ yang satu lagi adalah bekas Pengarah di salah sebuah jabatan kerajaan persekutuan. Katanya banyak berjasa dengan Sultan.. Juga mudah untuk berbicara.
Sepanjang permainan banyak perkara yang dibualkan. Sejarah Dato Sri tu bekerja dan sebagainya. Semasa dalam permainan, kami ternampak seorang sahabat Aku bermain di lubang sebelah.. Aku secara tak sengaja tercakap,
“Dato’ kawan saya ni kuat kerja Dato’, hari-hari kalau belum pukul 10 malam dia belum balik lagi, hebat orang nya Dato’.
Tak semena-mena, elok sahaja Dato’ Sri pukul bola diatas tee-box , dia menoleh pada Aku.. dan dia berkata...
“Orang cam ni, kalau kerja sampai lewat-lewat malam macam tu, pada saya orang tu tak pandai bekerja...”
Aku tersentak!. Napa Dato’Sri ?.
Dato’ Sri jawab...
“Itu sebab kita diatas ni di gelar Pengurusan, sepatut nya kita mengurus kerja bukan membuat kerja. Kalau kita pandai mengurus pekerja kita dan ‘delegate’ kerja kita kepada orang dibawah kita, kita tak perlu kerja sampai lewat-lewat cam ni.
"Kita ada ketua unit atau ketua jabatan, bagi la dia orang yang membuat kerja yang diperlukan... Itu pendapat saya la..” Tambahnya lagi sambil menjeling pada Dato’ dan berkata
“Betul tak Dato?”
Dato’ tersenyum sambil mengagguk kan kepala tanda setuju dengan pendapat Dato’ Sri.
Aku diam.Bila Aku fikir-fikir , ada juga betulnya apa yang dikatakan oleh Dato’ Sri.
Sebenar nya bila bercakap tentang ‘delegation’ dan ‘empowerment’ memang satu perkara yang susah nak dilakukan oleh sesetengah ketua. Ianya memerlukan keberanian dalam diri kita. Bukan mudah bagi kita untuk memberikan kepercayaan kepada anak buah kita tambah lagi kalau kita rasa kita ni mampu membuatnya sendiri. 'Delegation' bermula dengan memberi kepercayaan kepada anak buah kita.
Sepanjang Aku bekerja, Aku juga cuba mempraktik kan perkara ini. Aku berpendapat dengan mendelegasikan kerja, kita juga dapat memberi peluang kepada anak buah kita untuk membuktikan kebolehan mereka. Mereka lah yang bakal mengantikan tempat kita disatu hari nanti. Baru lah Pengurusan boleh Nampak bahawa orang dibawah kita mampu mengambil tempat kita bila diperlukan, macam bila kita bersara...
Aku juga Berjaya sampai kesini kerana Aku diberi peluang oleh Bos-Bos Aku supaya membuktikan kebolehan Aku. Kalau Aku tak diberi peluang sudah semestinya Aku tak dapat menunjukan kebolehan Aku. Namun demikian cara kita bekerja dan cara kita melaksanakan tugas ada kalanya berbeza. Tidak semestinya perbezaan ini tidak selari dengan matlamat jabatan kita. Aku selalu berfikir begitu.
Apabila kita ‘delegate’ kerja kita kepada orang bawahan kita, banyak persoalan akan kita rasa. Kita terasa bahawa:
1. Kita tidak bekerja dan kita kehilangan maklumat kerja kita.
2. Pengurusan mungkin tidak Nampak bahawa kita juga bekerja.
3. Kita tidak dapat mutu kerja yang serupa dengan kerja kita.
4. Kita tidak dapat nama diatas kejayaan mereka.
5. Kita akan terasa kita kehilangan KUASA.
6. Ada kalanya Pengurusan akan meresakan bahawa kita tidak pandai bekerja.
Aku berpendapat;
‘A leader must be able to create another leader’.
Pada Aku adalah penting untuk ‘delegate’ kerja kepada mereka-mereka yang bakal menjadi ketua untuk mengambil alih tempat kita. Namun demikian kita juga perlu mengenali mereka-mereka yang kita berikan tangung jawab itu. Ada yang memerlukan bimbingan kita, dan ada juga mereka yang mampu melakukan nya tampa perlu dibimbing lagi. Kebolehan kita untuk melihat kekuatan sesaorang dibawah kita juga penting untuk melaksanakan ‘delegation dan empowerment’.
Bagi kita yang diberi tangung jawab seperti ini juga seharusnya sedar bahawa Bos kita telah memberi peluang kepada kita. Jangan kita sekali-kali mengabaikan kepercayaan ini. Lakukan dengan sebaik mungkin. Sentiasa menghormati Bos kita, dan jangan sekali-kali kita mempersendakan Bos kita atau menganggap Bos kita sebagai orang yang lemah. Ramai diatara kita yang kadang-kadang lupa. Malah ada yang berasa kalau Bos tak de pun tak pe. Cuma kita kena ingat kalau Bos tak beri peluang kepada kita.
Dalam apa jua perkara kita seharusnya melonjakan kepimpinan Bos kita. Segala kejayaan yang kita capai pun mestilah kita lebihkan kepada Bos kita. Kalau Bos tak beri kepercayaan kepada kita, mana mungkin kita dapat melakukannya.
Bukan mudah untuk ‘delegate’ kerja kepada orang dan Buka mudah juga bagi kita apabila menerima tangungjawab yang diberikan kepada kita. Kalau kita sama-sama memahami dan melakukan tangungjawab kita, insyaallah semua akan Berjaya.
Hah....Itulah yang dapat Aku fikirkan.
Aku berasa gembira dapat bermain golf dengan Dato’ Sri dan Dato’. Terima kasih diatas pengalaman yang begitu bermakna kepada Aku semasa kita berhempas pulas untuk memukul bola golf kita. Kadang-kadang ada baik nya juga kita bermain golf.
Golf is the only game that we can play till old age.
Selagi kita masih boleh berjalan la katakan. Ye lah ianya mengambil banyak masa, tapi ada kalanya masa bermain kita juga banyak belajar tentang banyak perkara dalam hidup ini.
Wednesday, December 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Well Boss, a good 'cara pandang'. Ini semua bahan yang cukup tinggi nilainya.
en joe.. agree totally!.. in fact, to quote someone (Senor DFJ) ..'sapa kerja sampai malam2 nih..takdak hobi ka?.. all work, and no play, makes Jack a very dull boy..:) '
ngee~best bace cite cik joe..
teruskan berkarya~
Post a Comment