Budak Pejabat
Didalam zaman kerja ku, masih terdapat pekerja yang digelar Budak Pejabat. Walau pun kadang-kadang umur mereka sudah tidak adil untuk dipanggil “Budak” lagi. Namun peranan Budak Pejabat ada kalanya amat penting didalam perjalanan sesuatu pejabat itu. Segala urusan surat menyurat, filing, malah kadang-kadang makan minum juga diurus oleh Budak Pejabat. Alang kah besarnya peranan Budak Pejabat. Namun oleh kerana kita panggil dia “Budak” ada diantara kita yang mengabaikan kehadiran mereka dalam pejabat. Ada kalanya mereka tersisih dalam pejabat itu sendiri.
Pada satu hari Aku baru pindah kesebuah pejabat sebagai BOS pejabat. Besar juga Aku rasa. Seperti lazim sebagai BOS khidmat Budak Pejabat adalah penting bagi Aku. Zaman muda ku dulu, Bos pejabat ku siap ada lonceng yang apabila ia berbunyi menandakan Bos memerlukan khidmat Budak Pejabat. Ada yang tidak berhenti-henti membunyi lonceng untuk memanggil Budak Pejabat. Dari urusan mencari fail hingga lah membeli rokok pun ada kalanya memerlukan khidmat Budak Pejabat.
Apabila Aku sampai dihari pertama kepejabat.. Aku memerlukan khidmat penting bagi diri ku iaitu meminta khidmat Budak Pejabat menghantar boring permohonan MRSM anak ku. Pagi-pagi lagi bila Aku sampai Aku pun terus minta Dia menghantarnya. Tampa menerangkan dengan jelas kemana nak dihantar dan bila perlu dihantar. Didalam hati ku, Aku puas bahawa Aku telah melaksanakan tangungjawab ku. Dan Aku tidak memikirkan nya lagi. Aku terus leka dan dibuai kesibukan dengan kerja baru ku. Maklumlah BOS baru...macam-macam yang nak ku uruskan.
Selang beberapa hari, sehari sebelum tarikh tamat permohonan, Aku diingatkan.... “Borang MRSM dah Hantar??. “. Aku terpinga-pinga, Aku pun dah lupa.. Sibuk la katakana. Keesokan hari nya pagi-pagi lagi Aku pun memanggi Budak Pejabat ku. Orang harapan ku. Bila Aku Tanya..” Surat hari tu kau dah hantar ke?”. Dia diam!. Bila Aku selidik lagi, terperanjat beruk Aku, Borang tu masih diatas meja Dia. Heh..Apa lagi..Aku pun mengamuk le!.... macam BOS.. Semua orang dalam pejabat senyap.. agaknya melihat gelagat Aku. Aku geram... Aku ambil balik boring tu dan meminta orang lain menghantarnya hari tu juga. Mujor la ada anak-anak buah ku yang lain dapat membantu. Selesailah masaalah Aku. Tapi masaalah Budak Pejabat ni..tak selesai lagi. Aku bengang..
Mulai dari situ Aku mula geram dengan “Budak” ni. Aku macam nak cari salah “Budak” ni. Satu hari Aku pereksa meja nya.. Aku terjumpa banyak surat-surat yang tidak dihantar nya. Heh..apa lagi BERANG lagi la Aku.... Selepas tu Aku tak tenguk pun “Budak” ni. Namun “Budak” ni bertambah teruk lagi..sehinggakan surat yang Aku berikan kepada Jurutera ku pun ada yang tak sampai...Semangkin gabra “Budak” ni. Bila Nampak Aku pun dia cuba melarikan diri..Aku tau..
Lama kelamaan Aku terfikir mengapa lah “Budak” ni jadi begini. Adakah dia sememangnya begitu..heh. Hancur. Dalam hati Aku tetap percaya semua orang berkebolehan malakukan kerja yang saperti itu. Ala..susah apa kerja “Budak” ni..kan. Tergerak hati ku untuk memahami “Budak” ni. Tah kenapa Aku igin memberi peluang kepadanya.. Agaknya dah jadi lumrah ku..mudah memaafkan orang..
Aku mulakan dengan menegurnya apabila terserempak dengan nya.. Pada mulanya bila Aku tegur dia, dia Nampak gabra, targagap-gagap untuk menjawab nya. Aku terus tegur, Aku suruh dia masuk kepajabt. Aku bual tentang keluarga dia, latar belakang dia sehinggakan dia mula serasa selesa dengan Aku. Aku cuba dengan memberikan tugas kepada nya dan Aku dapati dia mula dapat menyempurnakan kerjanya. Ada kalanya Aku suruh dia kerja lewat masa membuat kerja dan Aku tunggu dia. Dan Aku lihat dia mula berubah menjadi “Budak” yang mahu bekerja.
Aku cuba menggap dia sebagai kawan, sehinggakan cerita-cerita peribadi nya pun dia boleh curahkan kepada ku. Yang paling penting dia tetap menghormati Aku sebagai BOS dia. Tidak pernah dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang telah Aku berikan kepadanya. Seepanjang aku di situ Aku dah tiada masaalah dengan nya. Sehingga lah Aku berpindah ke ibu pejabat, dia tetap menghormati Aku. Malah setiap kali dia ke ibu pejabat dia akan singgah menjenguk ku dan bertanyakan khabar ku. Aku terharu dan Aku bangga dengan perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Aku rasa dia telah berubah dan telah menunjukan kemampuan menjalankan kerja nya sebagai “Budak Pejabat” yang kita perlukan.
Aku puas......... Pada Aku......
Semua orang mampu lakukan kerja ditahap yang mereka boleh buat sekiranya mereka mahu malakukan nya. Dan kita seharusnya memberi peluang dan memberi tunjuk ajar yang berguna kepada mereka. Tak ada seorang pun dalam dunia ini yang “perfect”. Kita harus tenguk apa yang baik dalam diri sesaorang dan buka hanya melihat keburukan sesaorang itu..
Tidak bererti berbaik dengan seorang “Budak” sepertinya atau sesiapa pun menjatuhkan martabat kita sebagai BOS atau sebagai manusia. Malah Aku rasa ianya akan melonjakan keperibadian kita....
Dengan menghormati sesaorang itu, maka tuhan akan membukakan hati mereka untuk menghormati kita. What you give is what we get... kawan ku selalu cakap dalam kursus nya.
Dalam masa kerja ku, Aku sentiasa menganggap semua anak buah ku sebagai “kawan”. Aku suka mereka selesa dengan ku. Aku suka mereka berbincang dengan ku. Aku berikan ruang untuk mereka memberi pendapat mereka. Aku galakan mereka terlibat dalam perbincangan. Dan Aku yakin ada kalanya pendapat mereka juga adalah lebih baik. Dengan pendekatan ini mereka akan lebih komited dalam kerja mereka. Aku suka mereka dapat laksanak kerja tampa BOS. Aku tak rasa Aku kehilangan taraf ku sebagi BOS.
Namun begitu tidak dapat kita elakan, ada kalanya diatara mereka yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita. Tapi itu adalah cabaran yang perlu kita tangani.
Sepanjang Aku bekerja, tidak banyak pun diantara mereka yang mengambil kesempatan terhadap tindakan ku ini. Kalau ada pun mungkin aku tak sedar dan Aku maafkanya. Dari air muka mereka Aku dapat rasa bahawa Aku telah melakukan perkara yang betul.
Semua ini adalah pendapat Aku saja.. Pengalamn ku yang Aku dah lalui... cerita pendek yang dapat Aku kongsi..
Terima kasih insan yang bergelar “Budak”. Aku doakan kau akan lebih maju dalam hidup mu... Dan Aku tahu kau akan tetap menjadi kawan ku sepanjang hayat ku... Amin....
Friday, December 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bila baca cerpen ini, aku teringat nama budak tu... alhamdulillah dia sekarang telah menjadi insan yang berguna dan akan bertukar kerja (naik pangkat).
Hari ni Aku menghadiri satu kursus, Seorang dari peserta berkata dia sekarang sedang memimpin 2 orang pekerjanya yang mempunyai kes tatertib. Dia kata dia perlu menolong dia. Dia nak bina kedua pekerja ini menjadi pekerja yang lebih baik. Dia perlu bagi peluang dan dia perlu lihat kebaikan yang mereka ada. Masih ada juga orang macam dia ni.. Syukur la. Minta banyak lagi la insan sebegini.
Hebat pengalaman ni. Bukan mudah mampu sabar untuk mengamati pengalaman ini.bravo bos!
Satu lg nasihat dari Senor DFJ... "jangan sombong dgn orang bawah bila ada pangkat; be humble always..these people put u where u are" ..'but, in an environment where u need highly focussed and skilled people, incompetence should not be tolerated..' ..:)
Post a Comment