Wednesday, December 29, 2010

CERPEN

KERJA OOO... KERJA

Ramai antara kita kita yang selalu mengeloh kerana kerja...

Ooooo..kerja...kerja...hehhhh....

Malas nya la nak kerja....

Susah nya la kerja...

Tapi bila kita fikir balik, kalau kita tak kerja, kita nak buat apa..

Nak makan tidur..heh..apa la kita ni nak jadi orang begitu. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberikan keistimewaan oleh Allah untuk berfikir..tak kan la kita boleh berfikir seperti ini. Sedangkan monyet di hutan sana pun tak berfikir sebegini. Masih tetap bekerja mencari makan untuk hidup seharian. Heh..tak kan la monyet tu lebih pandai dari kita?... Sabar je laa..

Banyak orang selalu berfikir kerja susah. Tapi sebenarnya siapa yang menyebabkan kerja itu susah. Kita sendiri kan. Kenapa susahnya kerja.. kalau cam tu... makan pun susah ke?. Tapi sebab kita suka makan atau terpaksa makan dan kita sudah punyai kemahiran untuk makan, sebab tu makan menjadi mudah. Kita boleh pun makan sambil kita berbual-bual.. kan mudah.. sama la juga kerja. Kalau kita umpamakan ia sebagai makan, sudah pasti kita tak rasa bahawa kerja itu susah.

Macam kawan Aku ‘MIOR’ selalu cakap dalam kursus-kursus yang dia bawa:
PILIHAN DITANGAN ANDA.

"Kalau kita pandang dari sudut kerja, tak kira kerja apa pun yang kita lakukan. Sama ada kita nak jadikan kerja itu senang atau susah, Pilihan ditangan siapa?... Pilihan ditangan kita."

Baru ni Aku mengikuti kursus yang disampaikan oleh kawan ku ni. Heh teruja Aku. Tak sangka kawan ku ni memang hebat. Begitu banyak ilmu yang dia sampaikan. Banyak ilmu yang dia pelajari dalam hidup dia. Campak la kat mana pun, Aku rasa dia akan tetap menjadi orang yang berilmu tinggi.
Syabas My friend!

Dalam banyak-banyak perkara yang disampaikan, Aku tertarik dengan satu perkara yang dia sampaikan.


"DALAM PEKERJAAN, LAGI LAMA ANDA BEKERJA"

1. PELUANG NAIK PANGKAT AKAN LAGI SEDIKIT.

2. PELUANG TINGKAT ILMU & KEMAHIRAN LAGI BANYAK.


Kalau kita bekerja kerana Pangkat, lagi lama kita bekerja lagi sedikit la peluang kenaikan pangkat itu. Lagi susah la kerja kita. Dan apabila kita tidak diberi kenaikan pangkat yang kita sendiri rasa kita nak, terjadilah kadang-kadang ketidak puasan hati dan maka turunlah unsur-unsur ketidak seronok untuk kita bekerja. Kerja seperti “Melepas Batuk Di tangga”. Dan takut ianya menjadi batuk jenis TB susah nak baik. Maka kerja kita menjadi susah dan tempat kerja kita bertukar menjadi “Neraka”.

Kalau kita anggap kerja sebagai tempat mencari ilmu, sebagai tempat meningkat kemahiran, maka apa juga yang terjadi pada kita ianya akan tetap menjadikan kerja itu mudah dan tempat kerja seperti “Syurga”.

Senang cakap kan. Tapi itu lah hakikatnya. Kawan ku selalu berpesan.

Anggap lah tempat kerja kita ni sebagai UNIVERSITI”.

Tiga tahun kita bekerja umpama kita dah buat ijazah. Sepuluh tahun kita bekerja, kita dah dapat PHD. Orang boleh gelar kita Doktor. Doktor pakar dalam bidang kerja kita. Siapa yang boleh sangkal perkara ini. Pilihan di Tangan Anda.

Fikirlah..Fikirlah.. Sahabat AKu selalu cakap.


Contoh Lah:

1. Kalau kita seorang jurutera elektrik, terlibat dalam pencawag. Adakah kita telah mahir dengan pencawang?. Adakah kita sudah mahir dalam jenis2 peralatan yang digunakan dalam pencawang?. Adakah kita tahu bagaimana setiap peralatan itu beroperasi?. Adakah kita tahu masaalah-masaalah yang mungkin berlaku pada pencawang?. Adakah kita tahu pengunaan pencawang?. Macam-macam ada. Ahh..itu semua Aku tahu.. Tapi adakah kita tahu segala-galanya?. Atau kita hanya tahu dipermukaan nya sahaja. Fikirlah..fikirlah..

2. Kalau kita seorang Pengurus Projek, dalam mengurus projek. Adakah kita telah tahu selok belok pengurusan projek. Adakah kita mahir dalam menggunakan software projek e.g Microsoft Project. Tau.. Tapi setakat mana kita tau. Adakah kita benar-benar mahir dalam penggunaan Microsoft Project, atau hanya boleh buat bar chart sahaja?. Persoalan nya lagi, Kalau benar-benar kita ni seorang Penguruss Projek yang HEBAT, adakah kita mangambil initiative untuk mengambil kursus-kursus berhubung dengan Pengurusan Projek. Pernahkah kita melayari laman Web yang berkaitan dengan pengurusan projek. Adakah kita tahu projek-projek besar yang telah dilakukan dengan baik dalam dunia ini.. Macam-macam ada. Fikirlah..fikirlah.

Banyak lagi kalau kita nak sebut. Ilmu yang ada dalam dunia ini umpama Lautan. Dan ilmu yang ada pada kita manusia ini hanyalah umpama setitik air. Jika dibanding dengan lautan, sebanyak mana ilmu yang kita rasa kita ada. Masih terlalu banyak ilmu yang boleh kita cari dalam satu-satu perkara itu.

Aku teringat dengan kawan ku ini. Dia seorang jurutera projek. Satu hari beliau ditugaskan untuk menjaga apa yang dipanggil “Balance Score Card”. Tidak seorang pun yang mahu menerima cabaran ini. Kerja yang membosankan kepada kebanyakan dari kita. Namun Dia ambil cabaran dan menggunakan peluang itu memahirkan dirinya dan hari ini dia boleh kita jadikan seorang GURU dalam “Balance Score Card”.

Seterusnya Dia ditugaskan ketempat-tempat yang kebanyakan orang rasa tidak menyeronokan, namun segala peluang ini digunakan untuk memahirkan diri terhadap kerja nya. Hari ini Dia sudah Berjaya melahirkan satu program sendiri (Anda Dilahirkan Berjaya), yang tidak ada pun antara kita mampu melahirkan program sendiri. Ini semua berkat keihlasan nya untuk mengambil peluang yang ada sebagai tempat menimba ilmu dan meningkat kemahiran.

Anggaplah kerja atau tempat kerja ini sebagai UNIVERSITI. Gunakan la peluang yang ada untuk kita menamba ilmu dan Meningkatkan Kemahiran. Kalau kita seorang yang berilmu dan mahir, orang akan Nampak dan peluang kenaikan pangkat akan ada. Kalau tak de pun, jangan kesal. BE IT.... Kalau kita berilmu dan kita mahir maka kita lah yang empunya. Jangan fikir Apa orang lain cakap. Be it.. Lakukan untuk diri sendiri. Satu hari nanti kemana juga kita pergi orang akan lihat cahaya dalam diri kita dan orang akan Nampak PERMATA dalam diri kita.. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua manusia yang berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran didunia ini

Wednesday, December 22, 2010

CERPEN

GOLF

Baru-baru ni Aku berpeluang bermain golf dalam satu pertandingan golf persahabatan dengan pasukan Sultan disalah sebuah negeri di Malaysia.. Seronok... Aku berpeluang bermain dengan seorang Dato Sri berumur 66 tahun dan Dato’ yang berumur 72 tahun.

Terasa muda Aku..ye la baru awal lima puluhan kan.. Mula tu segan juga nak bermain dengan orang-orang besar ni. Namun kedua-dua mereka adalah orang yang peramah dan “humble” dan mereka berdua telah membuat Aku selesa sepanjang permainan. Tak ramai pemimpin sekarang yang ‘humble’ macam kedua mereka ni.

Dato Sri ni ialah bekas seorang 'Exco' kerajaan negeri dan bekas ‘speaker’ Dewan undangan negeri. Agaknya sebab tu dia peramah, tak berhenti bercakap ada kalanya kelakar juga.

Dato’ yang satu lagi adalah bekas Pengarah di salah sebuah jabatan kerajaan persekutuan. Katanya banyak berjasa dengan Sultan.. Juga mudah untuk berbicara.

Sepanjang permainan banyak perkara yang dibualkan. Sejarah Dato Sri tu bekerja dan sebagainya. Semasa dalam permainan, kami ternampak seorang sahabat Aku bermain di lubang sebelah.. Aku secara tak sengaja tercakap,

“Dato’ kawan saya ni kuat kerja Dato’, hari-hari kalau belum pukul 10 malam dia belum balik lagi, hebat orang nya Dato’.

Tak semena-mena, elok sahaja Dato’ Sri pukul bola diatas tee-box , dia menoleh pada Aku.. dan dia berkata...

“Orang cam ni, kalau kerja sampai lewat-lewat malam macam tu, pada saya orang tu tak pandai bekerja...”

Aku tersentak!. Napa Dato’Sri ?.

Dato’ Sri jawab...

“Itu sebab kita diatas ni di gelar Pengurusan, sepatut nya kita mengurus kerja bukan membuat kerja. Kalau kita pandai mengurus pekerja kita dan ‘delegate’ kerja kita kepada orang dibawah kita, kita tak perlu kerja sampai lewat-lewat cam ni.

"Kita ada ketua unit atau ketua jabatan, bagi la dia orang yang membuat kerja yang diperlukan... Itu pendapat saya la..” Tambahnya lagi sambil menjeling pada Dato’ dan berkata

“Betul tak Dato?”

Dato’ tersenyum sambil mengagguk kan kepala tanda setuju dengan pendapat Dato’ Sri.

Aku diam.Bila Aku fikir-fikir , ada juga betulnya apa yang dikatakan oleh Dato’ Sri.

Sebenar nya bila bercakap tentang ‘delegation’ dan ‘empowerment’ memang satu perkara yang susah nak dilakukan oleh sesetengah ketua. Ianya memerlukan keberanian dalam diri kita. Bukan mudah bagi kita untuk memberikan kepercayaan kepada anak buah kita tambah lagi kalau kita rasa kita ni mampu membuatnya sendiri. 'Delegation' bermula dengan memberi kepercayaan kepada anak buah kita.

Sepanjang Aku bekerja, Aku juga cuba mempraktik kan perkara ini. Aku berpendapat dengan mendelegasikan kerja, kita juga dapat memberi peluang kepada anak buah kita untuk membuktikan kebolehan mereka. Mereka lah yang bakal mengantikan tempat kita disatu hari nanti. Baru lah Pengurusan boleh Nampak bahawa orang dibawah kita mampu mengambil tempat kita bila diperlukan, macam bila kita bersara...

Aku juga Berjaya sampai kesini kerana Aku diberi peluang oleh Bos-Bos Aku supaya membuktikan kebolehan Aku. Kalau Aku tak diberi peluang sudah semestinya Aku tak dapat menunjukan kebolehan Aku. Namun demikian cara kita bekerja dan cara kita melaksanakan tugas ada kalanya berbeza. Tidak semestinya perbezaan ini tidak selari dengan matlamat jabatan kita. Aku selalu berfikir begitu.

Apabila kita ‘delegate’ kerja kita kepada orang bawahan kita, banyak persoalan akan kita rasa. Kita terasa bahawa:

1. Kita tidak bekerja dan kita kehilangan maklumat kerja kita.
2. Pengurusan mungkin tidak Nampak bahawa kita juga bekerja.
3. Kita tidak dapat mutu kerja yang serupa dengan kerja kita.
4. Kita tidak dapat nama diatas kejayaan mereka.
5. Kita akan terasa kita kehilangan KUASA.
6. Ada kalanya Pengurusan akan meresakan bahawa kita tidak pandai bekerja.

Aku berpendapat;

‘A leader must be able to create another leader’.

Pada Aku adalah penting untuk ‘delegate’ kerja kepada mereka-mereka yang bakal menjadi ketua untuk mengambil alih tempat kita. Namun demikian kita juga perlu mengenali mereka-mereka yang kita berikan tangung jawab itu. Ada yang memerlukan bimbingan kita, dan ada juga mereka yang mampu melakukan nya tampa perlu dibimbing lagi. Kebolehan kita untuk melihat kekuatan sesaorang dibawah kita juga penting untuk melaksanakan ‘delegation dan empowerment’.

Bagi kita yang diberi tangung jawab seperti ini juga seharusnya sedar bahawa Bos kita telah memberi peluang kepada kita. Jangan kita sekali-kali mengabaikan kepercayaan ini. Lakukan dengan sebaik mungkin. Sentiasa menghormati Bos kita, dan jangan sekali-kali kita mempersendakan Bos kita atau menganggap Bos kita sebagai orang yang lemah. Ramai diatara kita yang kadang-kadang lupa. Malah ada yang berasa kalau Bos tak de pun tak pe. Cuma kita kena ingat kalau Bos tak beri peluang kepada kita.

Dalam apa jua perkara kita seharusnya melonjakan kepimpinan Bos kita. Segala kejayaan yang kita capai pun mestilah kita lebihkan kepada Bos kita. Kalau Bos tak beri kepercayaan kepada kita, mana mungkin kita dapat melakukannya.

Bukan mudah untuk ‘delegate’ kerja kepada orang dan Buka mudah juga bagi kita apabila menerima tangungjawab yang diberikan kepada kita. Kalau kita sama-sama memahami dan melakukan tangungjawab kita, insyaallah semua akan Berjaya.

Hah....Itulah yang dapat Aku fikirkan.

Aku berasa gembira dapat bermain golf dengan Dato’ Sri dan Dato’. Terima kasih diatas pengalaman yang begitu bermakna kepada Aku semasa kita berhempas pulas untuk memukul bola golf kita. Kadang-kadang ada baik nya juga kita bermain golf.

Golf is the only game that we can play till old age.

Selagi kita masih boleh berjalan la katakan. Ye lah ianya mengambil banyak masa, tapi ada kalanya masa bermain kita juga banyak belajar tentang banyak perkara dalam hidup ini.

Friday, December 3, 2010

Cerpen

Budak Pejabat

Didalam zaman kerja ku, masih terdapat pekerja yang digelar Budak Pejabat. Walau pun kadang-kadang umur mereka sudah tidak adil untuk dipanggil “Budak” lagi. Namun peranan Budak Pejabat ada kalanya amat penting didalam perjalanan sesuatu pejabat itu. Segala urusan surat menyurat, filing, malah kadang-kadang makan minum juga diurus oleh Budak Pejabat. Alang kah besarnya peranan Budak Pejabat. Namun oleh kerana kita panggil dia “Budak” ada diantara kita yang mengabaikan kehadiran mereka dalam pejabat. Ada kalanya mereka tersisih dalam pejabat itu sendiri.

Pada satu hari Aku baru pindah kesebuah pejabat sebagai BOS pejabat. Besar juga Aku rasa. Seperti lazim sebagai BOS khidmat Budak Pejabat adalah penting bagi Aku. Zaman muda ku dulu, Bos pejabat ku siap ada lonceng yang apabila ia berbunyi menandakan Bos memerlukan khidmat Budak Pejabat. Ada yang tidak berhenti-henti membunyi lonceng untuk memanggil Budak Pejabat. Dari urusan mencari fail hingga lah membeli rokok pun ada kalanya memerlukan khidmat Budak Pejabat.

Apabila Aku sampai dihari pertama kepejabat.. Aku memerlukan khidmat penting bagi diri ku iaitu meminta khidmat Budak Pejabat menghantar boring permohonan MRSM anak ku. Pagi-pagi lagi bila Aku sampai Aku pun terus minta Dia menghantarnya. Tampa menerangkan dengan jelas kemana nak dihantar dan bila perlu dihantar. Didalam hati ku, Aku puas bahawa Aku telah melaksanakan tangungjawab ku. Dan Aku tidak memikirkan nya lagi. Aku terus leka dan dibuai kesibukan dengan kerja baru ku. Maklumlah BOS baru...macam-macam yang nak ku uruskan.

Selang beberapa hari, sehari sebelum tarikh tamat permohonan, Aku diingatkan.... “Borang MRSM dah Hantar??. “. Aku terpinga-pinga, Aku pun dah lupa.. Sibuk la katakana. Keesokan hari nya pagi-pagi lagi Aku pun memanggi Budak Pejabat ku. Orang harapan ku. Bila Aku Tanya..” Surat hari tu kau dah hantar ke?”. Dia diam!. Bila Aku selidik lagi, terperanjat beruk Aku, Borang tu masih diatas meja Dia. Heh..Apa lagi..Aku pun mengamuk le!.... macam BOS.. Semua orang dalam pejabat senyap.. agaknya melihat gelagat Aku. Aku geram... Aku ambil balik boring tu dan meminta orang lain menghantarnya hari tu juga. Mujor la ada anak-anak buah ku yang lain dapat membantu. Selesailah masaalah Aku. Tapi masaalah Budak Pejabat ni..tak selesai lagi. Aku bengang..

Mulai dari situ Aku mula geram dengan “Budak” ni. Aku macam nak cari salah “Budak” ni. Satu hari Aku pereksa meja nya.. Aku terjumpa banyak surat-surat yang tidak dihantar nya. Heh..apa lagi BERANG lagi la Aku.... Selepas tu Aku tak tenguk pun “Budak” ni. Namun “Budak” ni bertambah teruk lagi..sehinggakan surat yang Aku berikan kepada Jurutera ku pun ada yang tak sampai...Semangkin gabra “Budak” ni. Bila Nampak Aku pun dia cuba melarikan diri..Aku tau..

Lama kelamaan Aku terfikir mengapa lah “Budak” ni jadi begini. Adakah dia sememangnya begitu..heh. Hancur. Dalam hati Aku tetap percaya semua orang berkebolehan malakukan kerja yang saperti itu. Ala..susah apa kerja “Budak” ni..kan. Tergerak hati ku untuk memahami “Budak” ni. Tah kenapa Aku igin memberi peluang kepadanya.. Agaknya dah jadi lumrah ku..mudah memaafkan orang..

Aku mulakan dengan menegurnya apabila terserempak dengan nya.. Pada mulanya bila Aku tegur dia, dia Nampak gabra, targagap-gagap untuk menjawab nya. Aku terus tegur, Aku suruh dia masuk kepajabt. Aku bual tentang keluarga dia, latar belakang dia sehinggakan dia mula serasa selesa dengan Aku. Aku cuba dengan memberikan tugas kepada nya dan Aku dapati dia mula dapat menyempurnakan kerjanya. Ada kalanya Aku suruh dia kerja lewat masa membuat kerja dan Aku tunggu dia. Dan Aku lihat dia mula berubah menjadi “Budak” yang mahu bekerja.

Aku cuba menggap dia sebagai kawan, sehinggakan cerita-cerita peribadi nya pun dia boleh curahkan kepada ku. Yang paling penting dia tetap menghormati Aku sebagai BOS dia. Tidak pernah dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang telah Aku berikan kepadanya. Seepanjang aku di situ Aku dah tiada masaalah dengan nya. Sehingga lah Aku berpindah ke ibu pejabat, dia tetap menghormati Aku. Malah setiap kali dia ke ibu pejabat dia akan singgah menjenguk ku dan bertanyakan khabar ku. Aku terharu dan Aku bangga dengan perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Aku rasa dia telah berubah dan telah menunjukan kemampuan menjalankan kerja nya sebagai “Budak Pejabat” yang kita perlukan.

Aku puas......... Pada Aku......

Semua orang mampu lakukan kerja ditahap yang mereka boleh buat sekiranya mereka mahu malakukan nya. Dan kita seharusnya memberi peluang dan memberi tunjuk ajar yang berguna kepada mereka. Tak ada seorang pun dalam dunia ini yang “perfect”. Kita harus tenguk apa yang baik dalam diri sesaorang dan buka hanya melihat keburukan sesaorang itu..

Tidak bererti berbaik dengan seorang “Budak” sepertinya atau sesiapa pun menjatuhkan martabat kita sebagai BOS atau sebagai manusia. Malah Aku rasa ianya akan melonjakan keperibadian kita....

Dengan menghormati sesaorang itu, maka tuhan akan membukakan hati mereka untuk menghormati kita. What you give is what we get... kawan ku selalu cakap dalam kursus nya.

Dalam masa kerja ku, Aku sentiasa menganggap semua anak buah ku sebagai “kawan”. Aku suka mereka selesa dengan ku. Aku suka mereka berbincang dengan ku. Aku berikan ruang untuk mereka memberi pendapat mereka. Aku galakan mereka terlibat dalam perbincangan. Dan Aku yakin ada kalanya pendapat mereka juga adalah lebih baik. Dengan pendekatan ini mereka akan lebih komited dalam kerja mereka. Aku suka mereka dapat laksanak kerja tampa BOS. Aku tak rasa Aku kehilangan taraf ku sebagi BOS.

Namun begitu tidak dapat kita elakan, ada kalanya diatara mereka yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita. Tapi itu adalah cabaran yang perlu kita tangani.
Sepanjang Aku bekerja, tidak banyak pun diantara mereka yang mengambil kesempatan terhadap tindakan ku ini. Kalau ada pun mungkin aku tak sedar dan Aku maafkanya. Dari air muka mereka Aku dapat rasa bahawa Aku telah melakukan perkara yang betul.

Semua ini adalah pendapat Aku saja.. Pengalamn ku yang Aku dah lalui... cerita pendek yang dapat Aku kongsi..

Terima kasih insan yang bergelar “Budak”. Aku doakan kau akan lebih maju dalam hidup mu... Dan Aku tahu kau akan tetap menjadi kawan ku sepanjang hayat ku... Amin....

Thursday, November 18, 2010

Pelanggan

Sudah menjadi lumrah dunia, Rambut sama hitam hati lain-lain. Begitulah rupanya manusia dalam dunia ini. Namun begitu ini lah yang menjadikan dunia ini menjadi 'intresting' dan ' challanging'. Hanya untuk mengenal dan memahami manusia sahaja pun memelukan kita belajar dan berfikir. Namun demikian kalau kita dapat memahami dan menjiwai apa itu 'Pelanggan' dan siapa itu pelanggan kita, separuh dari masaalah manusia akan dapat kita tangani.

Hidup kita dalam dunia ini tak dapat kita LARI dari pelanggan kita. Kejayaan kita juga bergantung kepada pelanggan kita. Kalau kita bekerja dengan 'orang' atau Syarikat mungkin kita tak merasakan betapa pentingnya pelanggan.(Sekiranay kita tidak dapat mengenal siapa pelanggan kita). Sebab apapun yang kita lakukan, sudah pasti setiap akhir bualn kita masih menerima gaji. Dengan itu kesan pelanggan kepada kita secara 'direct' tidak dapat kita rasai.

Ditakdirkan kita menceburi bidang perniagaan seperti 'Restoren' umpamanya, baru lah kita akan merasakan kesan pelanggan kepada kita. Kalau tidak ada siapa masuk makan di restoren kita, baru lah kita merasakan betapa pentingnya pelanggan itu. Mana tak.. siapa nak bagi kita gaji kepada kita sekiranya tiada pelanggan. Begitulah pentingnya pelanggan dalam kehidupan kita.

Siapa Pelanggan kita?. Selalu kita merasakan bahawa pelanggan kita hanya mereka yang memerlukan 'product' kita atau 'services' kita. ini yang kadang kala membuatkan kita lupa bahawa itu bukan segal-galanya.

Pelanggan dalam ertikata sebenar ialah "semua manusia yang berhubung dengan kita". Semua manusis dalam dunia ini adalah pelanggan kita. (Tidak termasuk penyamun la). Dirumah; Ibu, Bapa, suami,isteri,adik beradik dan anak beranak adalah pelanggan kita. Di pejabat kawan-kawan sekerja, Bos, Pekerja kita, kontraktor, konsultan dan lain-lain juga adalah pelanggan kita. Dengan itu adalah penting bagi kita pada setiap masa memahami kehendak pelanggan kita dan memnuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memuaskan hati pelanggan kita.Saperti apa yang selalu kita dengar, kita perlu "Delight the customer". Hebat kan.

Sebenarnya bukan la susah sangat untuk kita memahami kehendak pelanngan kita. Bos umpamanya, apa kehendak dia:

1. Ada Bos yang hendak kita ikut cakap dia dan ada bos yang nak kita lakukan yang terbaik untuknya.

2. Ada Bos yang sentiasa garang dan ada juga Bos yang 'friedly'.

3. Ada Bos yang tak dapat memaafkan kesalahan kita dan ada Bos yang boleh memaafkan kesalahan kita.

4. Ada Bos yang sentiasa mengawasi kita memastikan kejayaan jabatan dan ada Bos yang membenarkan kita memikirkan cara sendiri untuk kejayaan jabatan.

Dan macam-macam lagi. Yang penting setiap Bos inginkan kejayaan jabatan atau unit dia berjaya. Setiap Bos mau kita melakukan yang terbaik untuk jabatan. Sebab kejayaan seorang BOS bergantung pada kejayaan jabatan atau unit yang dia terajui. Itu la kehendak Bos.

Kalau kita dapat memahami kehendak Bos, maka kita harus berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik pada Bos. Pastikan dapat menepati kehendak Bos, citarasa Bos dan matlamat Bos. Sama juga dengan pelanggan kita yang lain.

Dengan yang demikian kita seharusnya melayani pelanggan kita dengan sopan dan berbudi bahasa. Siapkan diri kita untuk menepati kehendak pelanggan kita.

Saya terbaca satu cerita:

Dalam sebuah pekan kecil terdapat 2 "laundry". (Kedai dobi). Satu kedai (Kedai A) agak lebih maju dari kedai kadai sebelahnya (Kedai B). Ada seorang pekerja kilang datang menghanatar uniform kekedai A. Bila dia datang pekerja kedai tersebut tidak melayan pekerja kilang ini keran mungkin dia fikirkan alah.. hanya sehelai uniform dari seorang pekerja kilan sahaja. Dengan itu pekerja ini pun pergi ke kedai B untuk menhantar uniform nya. Dan Beliau telah dilayan oleh pekerja kedai tersebut dengan baik, malah uniform nya dapat disiapkan dalam masa sehari sahaja. Mulai dari hari tersebut dia menghantar pakaian dia ke kedai B dan pada setiap masa beliau diterima dengan senyuman dan bahasa yang begitu baik.

Setelah bebrapa tahun, pekerja kilang ini telah berjaya menjawat jawatan penting dalam Kilang beliau. Dan beliau telah mengambil keputusan untuk menghantar semua uniform pekerja kilang ke kedai B. Malah beliau juga telah meminta kelang-kilang yang ada kaitan dengan beliau untuk menghantar uniform mereka pada kadai B. Dan mulai dari itu kedai Dobi B menjadi sebuah kedai dobi yang berjaya dan terus memberi khidmat yang sama yang pernah diterima oleh bekas pekerja kilang disatu masa dahulu.

Kita tidak tau siapa pelanggan kita. Mungkin hari ini dia hanya lah seorang dari pekerja kita. Namun kita tidak tau dimasa akan datang beliau akan menjadi Siapa. Jadi adalah penting melayan semua pelanggan kita sama sahaja. Kata orang jangan pilih-pilih pelanggan kita.

Itulah sedikit sebanyak tentang pengalaman yang ada hubung kait dengan Pelanggan. Kalau nak cerita banyak lagi contoh-contoh lain berkaitan dengan pelanggan. Kalau ada soalan email la pada saya, mungkin kita boleh berkongsi cerita dengan kawan2 kita yang lain.

Sekiranya semua manusia dalam dunia ini melaksanakan tangung jawab terhadap pelanggan maka tiada lah sengketa dalam hidup kita. Maka mudah lah segala pekerjaan kita dan maka aman la dunia ini. Mulakan dengan kita untuk memehami kehendak pelanggan dan berdoa agar satu hari nanti semua orang dapat memehami kita ini sebagai pelanggan mereka, maka hidup kita akan menjadi lebih mudah.

Semoga berjaya......

Monday, October 11, 2010

Persaraan

Pada 15hb Oktober 2010, Aku mula bercuti sebelum bersara. Tarikh rasmi Aku bersara ialah pada Bulan Februari 2011. Masa berlalu begitu pantas. Tampa disedari sudah sampai masa nya untuk Aku bersara. Sudah tiba masanya Aku mengundur diri dari alam pekerjaan. Macam kawan ku cakap "All the best in the next phase of life.

Gembira ada sedih pun ada. ye la, sudah lebih 30 tahun saya bekerja di syarikat yang sama. Gembira kerana Aku bebas dari tekanan kerja harian. Tak perlu meredah Jam untuk mengejar waktu ke pejabat. Namun Sedih kerana Aku akan meninggalkan kawan-kawan yang masih bekerja. Ini la sahaja pun kekawan yang aku ada. Yang selama ini menghiburkan dan ada kalanya menyusahkan Aku. Inilah asam garam dunia. Dan ini lah kenangan yang bakal aku rindukan pabila aku sudah tidak bekerja lagi.

Terlalu banyak liku-liku yang Aku telah lalui. terlalu ramai jenis manusia yang pernah Aku temui. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis yang aku rasai dan terlalu banayk kenangan pahit yang ingin aku lupakan. Itu semua sudah menjadi lumrah agaknya. Setiap manusia akan melalui nya. Ada perkara-perkara yang dulu semasa kecil lagi Guru kita menasihatkan kita namun dimasa itu kita tidak percaya. Sekarang setelah ita lalui nya baru la kita sedar bahawa ianya adalah benar.

Segala peristiwa yang berlaku tetap Ku lalui dengan tabah sehingga lah kehari ini. Kalau dapat ku kumpulkan, mungkin Aku mampu membuat buku. Era Aku mula bekerja dulu berbeza dengan era bekerja pada hari ini. Hari ini dunia terlalu kompetatif (saingan yang hebat). Ramai orang yang pandai-pandai. Masa depan ditentukan oleh prestasi, jadi sudah tentunya semua berlumba-lumba untuk bekerja keras untuk membuktikan prestasi yang baik. Sehinggakan ada antaranya sanggup "memijak sesiapa saja" demi mencapai cita-cita nya. hah..ini la manusia. Ini lah kerenah manusia yang dikurniakan Allah kemampuan untuk berfikir namun tidak semua manusia berfikiran yang sama.

Walau apa pun ini semua adalah pengalaman yang tdiak semua orang dapat lalui. Saya bercita2 untuk menjadikan pengalaman ini sebagai satu cerita yang boleh dikongsi bersama. Semoga pengalaman-pengalaman ini akan dapat menjadi contoh yang baik untuk semua. supaya teladan2 yand pernah saya harungi boleh menjadi pedoman kepada orang lain.

Tunggu la. Aku akan kembali untuk kongsi perjalanan hidup Aku, liku-liku hidup Aku dan pengalaman2 yang telah Aku lalui sepanjang hidup ku, semoga ianya dapat menjadi pedomamn kepada kita terutamanya yang muda-muda. Kepada shahabat2 saya yang ingin berkongsi pengalaman, marilah bersama-sama kita paparkan untuk renungan bersam.

Terima kasih.

Monday, April 12, 2010

Stories

Hello all my friends. I am just started to write and post it to my BLOG. (still learning) I don't really know what I want to write. Only I felt that we need to share our experiences in our life. There are happy and sad stories along the jurney of our life. But most of us kept our stories for our own and no body else share the good things about our experience (stories). Tendency and naturally human are greddy (tamak). We don't like to share anything with other people. even our experience. I wanted to share our experience in the form of "storey telling". Hopefully it can at least benefit others in their live. Thats what I wanted to do, but I don't know if I can do it.. May be if others want to share stories wit me and others..why not..One day we can write a book on our stories.. I could be fun...



You see, I remember when I started work in 1979, I thought it a long way to go/work before I retire. Now I realised how time flys very fast.. As I realised that I will be retiring in 10 months time, and I realised how fast time goes. I thought I just started work yesterday.. So In life don't wait for anything that we want to do. And don't waste our time doing nothing.. it is really wastfull. I wish I knew this long time ago..probably I would have written hundreds of book for all of us to read.. I always tell my young friends who just started working that we do not wait to do things even Tomorrow. Because.....

TOMORROW + TOMORROW = INFINITY. (FOREVER).

So anything that we want to do.. Don't wait till tomorrow... as tomorrow will never end... Lets do it today and finished it today and tomorrow there will be new things come for us to do... Dont worry there is always something we can do all the time..



Life is so short, don't waste it. Do something good for us, for society and for human race. I am sure we all will feel good if we have done something good to us or to others in our life. Happiness is all that we wanted in life. To me so long as we are happy... we will be fine...



I hope I can write agin next time. I will find time to do it.. doesn't matter if it sound rubbish. But I am sure whatever your stories are, someone out thare can benefit from your stories.. Thank you for reading...