Ring..Ring..Ring...
Heh Pagi2 ni sapa pulak la talifon aku. Apa pulak la pagi ni..
Eh.. Wak.. apa hal la pulak ni.. Aku terkejut.
"Assalamualaikum Wak!.. Apa kabar?.. Mimpi apa ko telifon pagi-pagi ni?" Ujar ku. "Hah. Hujan la aku rasa tengahari ni.. ha.ha..". suara ku padanya. Namun dalam hati ni aku terasa amat gembira bila mendengar dengar suara nya.. lama sangat rasanya tak de kawan-kawan yang telifon pagi-pagi begini. Sejak tak bekerja la katakan...
"Boss!..", katanya, Dia masih memanggil Aku Bos, walau pun AKu sudah bukan jadi Boss nya lagi. "Boss tengahari ni saya ada dekat-dekat Kajang, Kita pergi makan jom!. Satey Kajang ke..he.he.."
Tampa berfikir aku jawab "BOLEH".. Nanti telefon la bila sampai Kajang..Seronoknya aku rasa.."OK Boss! nanti saya siap kerja saya telifon Boss ye.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam...", jawab ku. Hemmm..Aku tarik nafas panjang.. Ada juga bekas anak buah ku dulu yang teringat kat Aku lagi..Lama rasanya tak de kawan-kawan ku yang menalifon ajak aku minum2. Dulu semasa bekerja ramai yang suka nak berurusan dengan ku.. ramai yang nak berjumpa dengan ku. Namun agaknya inilah lumrah manusia, bila kita sudah tak de apa2 begitulah.. mereka bukan lupa tapi mungkin sebuk dengan urusan penting mereka.. Bermaksud aku sudah tidak penting lagi. Tapi aku tidak kesal, sebab aku faham dengan keadaan ini.Dan aku tak pernah ambik hati pun dengan perkara seperti ini. Semua orang akan merasainya dan akan lalui satu ketika nanti.
Tengah hari, Aku jumpa Wak di Warong Satey Kajang...
Makan Apa wak? soal ku.. "Apa2 la Boss.." jawab Wak. Aku pun pesan Satey kambing, daging, perut dan arnab..hemm banyak juga macam orang kebulur pulak. Ye la aku pun lapar hari tu..
Belum pun satey sampai Wak mengeloh "Kerja sekarang susah la Boss!.. Tak macam dulu...". Banyak sangat kerenah! sampai kerja sebenar pun tak dapat nak buat." Heh.......
Ni, Boss dah panggil nak jumpa kol 2. Memo lagi la ni.." sambungnya lagi.
"Ye la Wak, selagi kita bekerja dengan orang begitu la. Tambah dengan organisasi besar semua kerja ikut prosidiur dan birokrasi yang telah ditetapkan. Tambah lagi, kita sebagai pekerja tidak boleh ambil keputusan sendiri.. Semua perlu memo, laporan untuk dikemukakan bagi orang atas mengambil keputusan. Itu pun mereka kadang bukan terus ambil keputusan, perlu ada mesyuarat orang-orang besar untuk menentukan keputusan yang perlu diambil.. Walau ada kalanya keputusan telah dibuat oleh Orang yang paling besar namun ianya perlu persetujuan semua orang-orang besar. Jadi ada la keputusan jadi lambat..dan kadang-kadang membosankan.." jawab ku..
Sambil makan Aku,pun berbual panjang dengan Wak, pasal peribadi, pasal kerja dan macam2 lagi. (banyak pasal kerja). Tak henti-henti la.... Aku sendiri pun pernah lalui semuanya yang dikatakan oleh Wak...
Begitulah lumrah KERJA. Ada kalanya menyeronokan, ada kalanya mengembirkan dan ada kalanya membosankan, ada kalanya menekan perasaan. Sama lah juga dengan kehidupan kita seharian. Ada hari kita yang 'mood' kita bagus kita boleh ketawa dan tersenyum sepanjang hari dan ada kalanya 'mood' kita tidak baik kita tidak boleh tersenyum pun sepanjang hari.
Kenapa kita terasa kerja kita membosankan dan tidak menyeronokan. Mungkin:
1. Terlalu banyak kerja yang diulang-ulang.
2. Kerja tu tidak sejiwa dengan hati kita.
3. Birokrasi dan prosidiur yang terlalu banyak.
4. Mendapat Boss yang kita rasa cerewet....
Kalau kita fikirkan semua tu, tiada KERJA dalam dunia ni yang menyeronokan selagi kita bekerja dengan orang. Lain la kita kerja sendiri. Tapi ye la, kerja sendiri lain pulak tekanan nya. Cuma baiknya kita boleh buat apa sahaja yang kita suka.
Untuk kita bertahan dalam kerja kita, kita perlu reda dengan kerja kita. Kita perlu akur dengan keadaan dan kita perlu memahami semua orang supaya kita dapat menyesuaikan diri kita dengan kerja kita. Kita tak boleeh ubah cara orang namun kita boleh ubah cara kita dan pemikiran kita. Macam kawan ku Mior cakap "Keputusan di tangan Anda".
Bagaimana kita nak menjadikan kerja kita jadi 'seronok!'. (Pendapat dan pengalaman ku).
1. Kita perlu mengubah persepsi kita kepada kerja tersebut, walau pun ianya tidak sejiwa dengan naluri kita, kita mesti ubah perasaan dan jiwa kita untuk reda dan mengubah hati kita untuk menyukai kerja yang kita buat. Ada orang yang berkahwin mengikut pilihan ibu bapa, tapi akhirnya dapat mengubah hatinya dan akhirnya mencinta dan menyangi pasangan yang dipilh oleh orang tua.
2. Kita mesti belajar dan memahami (secara mendalam) kerja yang kita perlu buat. Dari sudut teknikal, cara kerja, prosidur kerja dan semua birokrasi kerja yang diperlukan untuk laksanakan kerja kita. Tidak ada jalan pintas. Bila kita tahu semua kerja kita, setiap soalan yang akan dikemukakan oleh Boss (yang boleh membosankan kita), kita dapat jawab dan tiada siapa boleh memperlekehkan kita. Jadi tiada ruang dalam diri kita untuk jadi kecewa atau rasa tertekan. Bayangkan bila Boss kita bertanya "Kau dah buat memo tu?. Kita boleh jawab, sudah boss. Bila boss nak?.. Apa rasa hati kita..bangga, gembira dan menyeronokan. Bila kita dah lakukan semua, tiada siapa yang dapat marah atau memperlekehkan kita.
3. Bila kita belajar tentang kerja, bukan hanya dengan yang ada di tempat kerja kita. Banyak maklumat-maklumat yang kita boleh dapati dalam internet. Cari goggle search dan semua ada. Mungkin maklumat nya terlalu general namun ianya menambah pengetahuan kita. Soal diri kita, kita menjalankan kerja-kerja sebagai project manager, ada kita pernah search dalam internet tentang project manager?. Secara jujurnya tak ramai yang buat. sebab kita cepat selesa dengan pengetahuan yang kita dapat ditempat kerja dan mungkin beranggapan itu semua sudah cukup untuk kita menjalankan kerja.
4. Memahami perangai dan kelakuan semua orang yang ada hubungan dengan kita. Analisa kenapa orang itu berperangai seperti itu. Kalau rajin bacalah buku yang ada kaitan dengan personality. Ada orang yang memang bercakap seolah2 marah walau pun kita tahu sebenarnya itu lah cara dia bercakap. Bila berhadapan dengan orang sebegitu kita jangan ambik hati dengan cara dia bercakap, fahami sahaja apa yang dia nak cakapkan. Ada orang yang kita kata cerewet atas segala benda, kita kena ada jawapan atas segala persoalan yang dia mahu. Bila kita berhadapan dengan orang yang pendiam, kita perlu mulakan percakapn untuk mendaptkan apa kehendak nya.. Macam2 lagi la kerenah manusia ni. nanti ada masa aku akan ceritakan sedikit yang aku tahu tentang personality sesaorang. (Dalam Blog akan datang).
"Heh.. Banyak lagi wak kalau nak cerita. Cukuplah yang ini dulu. banyak2 sangat pun nanti membosankan. Lagi pun apa yang aku cakap ni pun banyak yang ko dah tahu kan" ujar ku pada Wak.
"Betul la Boss. Tak de kerja yang senang kan Boss!. Semua bergantung pada kita kan. Soalnya kadang susah nak ubah perasaan dan perangai kita sendiri. Kalau semua orang dapat memahmi apa yang Boss ceritkan mungkin senang kan Boss". Kata Wak.
"Gitu la Wak, Dah 30 tahun saya kerja Wak. Tak banyak yang berubah. Ada lah sorang dua yang berubah. Cuma yang terbaik eloklah kita yang berubah untuk menyesuiakan dengan keadaan sekeliling kita kan Wak"... jawab ku lagi.
"OK la Boss, kenyang pun dah kenyang dah.. Nak jumpa Boss ni kol 2.00 lak. Terima kasih la belanja dan terima kasih la dengar cerita Boss ni. Kot-kot dapat lah memujuk hati saya ni Boss".. Cakap Wak.
"Sabar la Wak, Usaha la. nanti kalau ada kat Kajang lagi Calling2 la. Boleh kita ngobrol2 lagi. Terima kasih datang. Tak sunyi la hari ni. ha.ha...
Assalamualaikum.......
Note: Kalau ada yang membaca dan ingin menambah apa yang aku katakan tambah la dalam comment. Kalau salah pun tulis la. Kata orang apa kita rasa bukan sentiasa betul. Mungkin betul disudut ku, tapi tidak pada orang lain. Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment